Dikesempatan ini, pihak ahli jawatankuasa Surau al-Kauthar merakamkan ucapan selamat tahun baru 2015 kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya warga P18R13. Semoga ahli karyah apatrment P18R13 pada tahun 2015 akan sama-sama mengimarahkan lagi surau dengan solat secara berjemaah serta dapat mengikuti program agama yang akan dirancangkan pada tahun 2015 nanti. InsyaAllah...
Rabu, 31 Disember 2014
SELAMATAHUN BARU 2015
PENGAJIAN TALAQI DAN TAFSIR AL-QURAN
Kelas pengajian talaqi dan tafsir al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Syafie :
Tarikh : 29.12.2014
Surah : Al-Imran (ayat 197-200) dan
Surah An-Nisa (Ayat 1)
Sabtu, 27 Disember 2014
PENGHANTARAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR KE TUDM SUBANG.
Sejurus selesai urusan pembelian barang keperluan, AJK surau bergegas terus ke TUDM Subang untuk urusan penghantaran melalui udara oleh pihak TUDM.
Antara prosidur yang perlu dipatuhi ialah mengisi borang penghantaran barang dan maklumat peribadi untuk tujuan data TUDM dan keselamatan.
Bersama NGO-NGO yang berada di gudang penyimpanan barang mangsa banjir TUDM
Antara petugas ATM yang bertugas di Pengkalan TUDM membantu menerima barang keperluan
PEMBELIAN KEPERLUAN HARIAN BAGI MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR
Alhamdulillah, pihak surau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyumbang dan sukarelawan yang telah mengorbankan wang ringgit, tenaga, masa dan lain-lain bagi sama-sama membantu mangsa banjir dipantai timur. Pada 27/12/2014 selepas solat Isyak AJK surau yang diketuai oleh Pengerusi sendiri iaitu En. Hazrul , En. Zul, En. Lan (Cikgu) dan saudara Alam Syah telah pergi ke pasaraya NSK, Jalan Kuchai Lama untuk membeli barang keperluan mangsa banjir seperti Air minirel, biskut dan pampers kanak-kanak untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Dipasaraya NSK terdapat lebih 10 wakil sukarelawan yang sibuk sedang membeli barang keperluan untuk disalurkan kepada mangsa banjir. Gambar diatas adalah 2 orang guru berbangsa cina dari Sri Petaling yang begitu bersemangat mencari barang keperluan.Bergambar kenang-kenangan.
NGO daripada Islamic Relief yang juga sedang sibuk di pasaraya tersebut sempat bergambar kenangan dengan AJK surau.
PENUH... Ribuan terima kasih juga kepada pihak Pengurusan Sate Kajang Hj. Samuri yang meminjamkan kenderaan 4 X 4 untuk pembelian barang dan seterusnya dihantar ke TUDM, Subang.
Saudara Alam Syah sempat membeli keperluan harian sendiri di pasaraya tersebut sebelum bergerak ke TUDM Subang.
Langgan:
Catatan (Atom)