Selasa, 17 Februari 2015

MENJAGA KEBERSIHAN TEMPAT AWAM MENURUT ISLAM

Islam mewajibkan kebersihan dan mengharamkan kekotoran. Bersih dan kotor dalam Islam mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala, atau syurga dan nereka. 

1. Masyarakat muslim, pakaian mereka, tempat tinggal mereka, kenderaan mereka dan negara mereka sepatutnya mewakili atau melambangkan ajaran yang mereka hayati. Islam mewajibkantaharah (bersuci) serta menjadi syarat sah untuk ibadah utama iaitu solat yang dikerjakan lima kali sehari. Ertikannya, tubuh, pakaian dan tempat muslim sepatutnya sentiasa mementingkan kebersihan. Islam juga mensyariatkan wuduk, mandi wajib, mandi jumaat dan lain-lain perkara yang mempunyai kaitan dengan kebersihan. Demikian juga kebersihan dalam soal makan dan minum. Seorang muslim yang mengamalkan agamanya secara betul sepatutnya akan menjaga kebersihan dan cintakan kebersihan. Jika hal berlaku sebaliknya, maka itu menunjuk kegagalan menghayati ajaran Islam yang asal, atau sekadar mengamalkan tanpa menghayati ruhnya.
2. Islam juga mengajar disiplin hidup kepada manusia sehingga bab-bab yang dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat tetapi diajar oleh Islam. Antaranya Islam mengajar cara dan adab membuat air kecil atau besar (qada hajat).
Golongan Musyrikin pernah mempersoalkan dengan berkata: “Nabi kamu mengajar kamu semua perkara sehinggakan cara buang air?. Jawab Salman al-Farisi: “Ya! Baginda telah melarang kami mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil, juga melarang kami berintinjak (membersih najis) dengan tangan kanan, melarang kami berinstinjak dengan kurang dari tiga ketul batu dan melarang berinstinjak dengan najis binatang dan tulang” (Riwayat Muslim).
Ini sebahagian peraturan dan adab yang disebut oleh Salman hadis ini. Di sana ada lagi adab dan peraturan yang lain yang disebut dalam hadis-hadis yang pelbagai.

3. Berdasarkan maksud hadis-hadis Nabi s.a.w, maka wajib bagi sesiapa yang menggunakan harta awam memastikan ia digunakan dengan baik dan haram dia menyakiti pengguna selepasnya. Haram baginya dia membiarkan sisa kotoran atau najisnya sehingga menyusah pengguna selepasnya. Ia adalah perbuatan yang buruk dan zalim. Nabi s.a.w bersabda:
“Takutlah kamu kepada dua perkara yang menyebabkan dilaknat”. Sahabat bertanya: “Apakah dia dua perkara tersebut?”. Sabda baginda: “Orang yang membuang air besar di laluan orang ramai dan di tempat teduh mereka”. (Riwayat Muslim).
Hadis ini menyatakan dua perbuatan dilarang atau diharamkan kerana ia boleh membawa orang ramai melaknat pembuatnya disebabkan kesusahan atau kekotoran yang menyakiti mereka. Demikianlah halnya dengan mereka yang menggunakan tandas atau harta awam yang menimbulkan kemarahan dan kutukan pengguna lain.
4. Firman Allah:
“dan mereka yang menyakiti perasaan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka (yang menyakiti itu) telah memikul kesalahan secara dusta, dan berbuat dosa ang amat nyata”. (Surah al-Ahzab: 58).
Ayat ini umum, merangkumi setiap tindakan yang menyakitkan perasaan orang mukmin tanpa alasan yang benar. Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Riyadh al-Salihin meletakkan ayat ini di bawah bab “Larangan Membuang Air Besar Pada Jalan Orang Ramai, Teduhan Mereka, Mataair dan seumpamanya”. Ini kerana perbuatan itu menyebabkan kesakitan perasaan orang lain. Perbuatan seperti itu adalah dosa yang nyata.
5. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang menyakiti kaum muslimin pada jalan-jalan mereka dia pasti mendapat laknat mereka” (Riwayat al-Tabarani dengan sanad yang hasan).
Perbuatan mengotor atau merosakkan harta awam adalah termasuk dalam menyakiti perasaan kaum muslimin. Maka ia mengundang kutukan dan cercaan mereka. Wajib membersihkan semula atau menggantikannya jika rosak dengan cara yang tidak sepatutnya.

6. Malang sekali, ramai yang tidak perasaan bahawa mereka sebenarnya melakukan dosa apabila mereka mengotor atau merosakkan kemudahan awam sehingga menimbulkan kesusahan kepada orang lain. Nampaknya, pengajian atau pendekatan pengajian agama yang diajar kepada masyarakat kita masih gagal untuk diterjemahkan secara praktikal dari segi prinsip dan ruhnya. Ini terbukti, apabila bukan sedikit tandas masjid atau surau yang tidak melambangkan sifat Islam yang sukakan kebersihan. Malulah umat Islam jika didapati tandas tempat-tempat yang tidak berlambangkan Islam lebih bersih dari tempat-tempat ibadah umat Islam. Kegagalan ini memerlukan koreksi tentang pendekatan pengajian agama yang diamalkan selama ini.

7. Masjid adalah lambang penghayatan Islam. Jika ilmu kebersihan dan taharah yang difardukan Islam gagal untuk diamalkan sekalipun di tandas-tandas yang diperuntukkan untuk mereka yang datang bersolat, maka itu amat memalukan umat Islam. Jika mengotorkan tandas awam di tempat-tempat lain itu satu dosa, maka dosa tersebut tentunya lebih besar jika mengotorkan tandas masjid. Saya cadangkan masjid atau selainnya boleh menulis peringatan seperti‘mengotori atau merosakkan kemudahan awam adalah satu dosa’.
8. Termasuk dalam yang menyebabkan dikutuk atau dilaknat ialah mereka yang tidak amanah terhadap dana awam. Ini termasuk mereka yang rasuah, tidak amanah dalam projek pembinaan harta awam, menyalahgunakan kuasa dan seumpamanya sehingga tempat atau harta awam mudah rosak. Perbuatan mereka ini telah menyebabkan banyak harta awam tidak berkualiti, dibina dengan tahap yang rendah, rosak, bocor dan berbagai lagi. Orang awam akan bersungut dan menyumpah disebabkan perkara-perkara tersebut. Sedangkan duit yang dibina adalah wang rakyat. Mereka yang berbuat demikian termasuk dalam menyakiti orang lain tanpa sebab yang benar.

9. Malanglah bagi negara-negara umat Islam jika mereka lebih kotor dari negara-negara Barat atau bukan Islam. Mesir umpamanya adalah negara yang amat kotor. Sungai Nil menjadi tempat buangan sampah. Memalukan umat di mata bukan Islam apabila melawat pyramid melihat kekotoran Sungai Nil yang tercemar oleh perbuatan masyarakat Islam. Bagaimanakah mungkin masyarakat seperti itu hendak dijadikan teladan?

10. Islam adalah agama yang menjamin kepentingan awam (public interest). Apa sahaja tindakan yang merosakkan kepentingan awam adalah menyanggahi syariat Islam yang mulia. Kepentingan awam adalah antara maqasid (tujuan) syariah Islam ini diturunkan kepada manusia sejagat. Para ulama dan cendiakawan Islam mesti selalu menegaskan prinsip ini.

11. Kesedaran kebersihan sepatutnya hendaklah didahului oleh dunia Islam melebihi dunia lain. Masyarakat Islam melebih masyarakat lain. Individu muslim melebih individu lain.

Rabu, 11 Februari 2015

MESYUARAT PENUBUHAN KAFA DI SURAU AL-KAUTHAR.

Surau Al-Kauthar telah menganjurkan mesyuarat bagi permohonan mengadakan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) di Surau al-Kauthar. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari Penyelia KAFA, Putrajaya.

Tarikh : 4 Febuari 2015
Tempat : Surau Al-Kauthar
Masa : Selepas Solat Magrib.








Rabu, 28 Januari 2015

PENUKARAN KARPET BAHARU SURAU AL-KAUTHAR.

Alhamdulillah setelah hampir 5 tahun menggunakan karpet yang disumbangkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada tahun 2015 pihak surau telah menerima sumbangan karpet baru daripada Parlimen Putrajaya hasil daripada permohonan jawatankuasa yang lepas.
Pihak surau merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah berusaha membantu memberi keselesaan kepada semua jemaah Surau Al-Kauthar. Semoga dengan sumbangan tersebut para jemaah akan lebih Istiqomah untuk turun solat berjemaah di surau dengan keselesaan yang amat baik.

Jazakallahukhairan Khatira.....




kerja-kerja membuka karpet lama dan membersihkan lantai


Tuan Pengerusi Surau Saudara Hazrul sempat memantau kerja-kerja pemasangan karpet baru 


Keadaan selepas karpet lama dibuka dan proses meletakkan gam untuk karpett baru

Alhamdulillah selesa 

Karpet baru yang telah siap dipasang dan digunakan oleh semua para jemaah surau... 





DOA

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).
5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).
7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

Rabu, 21 Januari 2015

HUKUM BERKAITAN KANAK-KANAK

Ramai yang bertanya tentang hukum bawa, sentuh anak-anak ketika solat.. pergi masjid pula orang masjid sibuk marah budak duduk dalam saf orang tua, bila dibiarkan anak di belakang bising pula dengan gurauan atau kena usik oleh kawan dll… semoga artikel yg membincang 5 tajuk ini ada jawapan yang anda cari.. Dalam artikel ini dibincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kanak-kanak;
1. Air liur / Muntah.
2. Air Kencing.

3. Khitan.
4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat.
5. Saf Kanak-kanak dalam Solat.

HUKUM MENYENTUH ANAK KETIKA SOLAT.

Persoalan tentang menyentuh anak ketika solat merupakan isu yang sering ditimbulkan oleh para ibu dan wanita yang kehidupan seharian mereka tidak dapat dipisahkan dari anak-anak. Untuk mengelakkannya adalah sangat sukar bagi sesetengah mereka. Oleh itu masalah ini memerlukan kajian dan perbincangan yang terbuka dan rasional, berdasarkan pandangan alim ulama’ muktabar dahulu dan sekarang.
Di sini akan dibincangkan dua keadaan iaitu:
Pertama; Anak Yang Belum Berkhitan.

Masyarakat kita sering memandang kepada anak-anak kecil yang belum berkhitan sebagai sesuatu yang menanggung najis dan boleh membatalkan solat orang yang tersentuh dengannya. Dia juga dikatakan boleh memutuskan saf solat jamaah.

Tetapi, sekiranya kanak-kanak itu dikatakan menanggung najis dengan sebab tidak berkhitan sudah pasti Syariat akan menerangkannya kerana ianya sangat penting di dalam kehidupan kita, sepertimana Syariat menerangkan cara membersihkan air kencing kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Apa yang patut dibincangkan ini, tidak pula disebutkan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar apabila membincangkan Bab al-Najasat, atau perkara-perkara yang najis, atau satu bab khas tentang “Najisnya Kanak-Kanak Yang Belum Berkhitan”. Maka apakah ianya hanya satu tanggapan masyarakat kita atau merupakan ijtihad/pandangan sesetengah ulama’ yang terdedah kepada perbincangan.
Jika diteliti hadis-hadis yang dibawa di atas yang meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menggendong Hasan/Husain ketika solat, serta mereka naik ke atas tengkok Baginda, ini memberi maksud budak yang belum baligh tidak termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan solat.
Demikian juga hadis ini:
Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah s.a.w. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula”.
Mungkin akan dibahaskan bahawa orang Arab adabnya mengkhitankan anak ketika masih bayi, tetapi ditempat kita anak-anak kebiasaannya akan berkhitan apabila habis sekolah rendah. Apakah ia menjadi kotor kerana kulup/najis yang terdapat pada anak itu?
Maka kalau dilihat kepada hukum istinjak menggunakan batu, kesannya tentu tidak habis, dan ianya dikira sebagai najis yang dimaafkan. Soalnya, apakah ia lebih suci daripada kulup? Sedangkan tiada nas/hujah yang mengatakan orang yang beristinjak dengan batu mesti duduk di saf yang berlainan.
Begitu juga Ulama tidak merenggangkan antara orang yang berpenyakit kencing tanpa henti (salis al-baul) dengan orang-orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak yang belum berkhitan juga tidak perlu direnggangkan. Wallahu a’lam.
Maka logiknya budak yang belum bersunat jika berada di dalam satu saf, ia tetap tidak membatalkan sembahyang seseorang. Namun, elok diasingkan saf kanak-kanak yang belum berkhitan dengan saf orang dewasa.
Kedua; Menyentuh Anak Kecil Yang Memakai Lampin.
Perbincangan tentang masalah ini juga sama seperti di atas, iaitu hadis Rasulullah saw mendukung Umamah binti Abi al-‘As dan kisah Al-Hasan dan Husain ra, kalau kita andaikan mereka berdua sudah berkhitan, apakah mereka juga sudah pandai menjaga kebersihan, pergi ke tandas sendiri atau masih menggunakan lampin seperti kanak-kanak lain.

Kemudian, sama-sama kita telitikan pula pandangan ulama’ tentang menyentuh najis secara berlapik atau menanggungnya.

Imam An-Nawawi telah menegaskan di dalam Rawdah at-Talobin dengan katanya:

“Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA” . [Rujuk Rawdah at-Tolibin, 1/274].

Alasan ia tidak membatalkan adalah kerana:-

a. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggungi. Jika secara langsung terbatal solat seseorang itu tapi tidak wuduknya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tidak perlu memperbahurui wuduknya.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana mereka bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

“فرع: ما لبسه المصلي يجب أن يكون طاهرا وأن لا يلاقي شيئا تحرك بحركته في قيامه وقعوده أو لم يتحرك بعض أطرافه كذنابة العمامة، فلو أصاب طرف العمامة الذي لا يتحرك أرضا نجسة بطلت صلاته، ولو قبض طرف حبل أو ثوب أو شده في يده أو رجله أو وسطه وطرفه الآخر نجس أو متصل بالنجاسة فثلاثة أوجه: أصحها تبطل صلاته، والثاني لا تبطل، والثالث إن كان الطرف نجسا أو متصلا بعين النجاسة بأن كان في عنق كلب بطلت. وإن كان متصلا بطاهر، وذلك الطاهر متصلا بنجاسة، بأن شد في ساجور أو خرقة وهما في عنق كلب، أو شده في عنق حمار عليه حمل نجس، لم تبطل “.
المجموع: واتفقت طرق جميع الاصحاب علي انه لو جعل طرف الحبل تحت رجله صحت صلاته في جميع الصور.

Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai: “Haamil limuttasil binajastin”) sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. [Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr].

مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج:ز
“وَلا قَابِضٍ طَرَفَ شَيْءٍ عَلَى نَجَسٍ إنْ تَحَرَّكَ، وَكَذَا إنْ لَمْ يَتَحَرَّكْ فِي الأَصَحِّ”
الشَّرْحُ: (وَلا) تَصِحُّ صَلاةُ نَحْوِ ( قَابِضٍ ) كَشَادٍّ بِنَحْوِ يَدِهِ ( طَرَفَ شَيْءٍ ) كَحَبْلٍ طَرَفُهُ الآخَرُ نَجَسٌ أَوْ مَوْضُوعٌ (عَلَى نَجَسٍ إنْ تَحَرَّكَ) مَا ذُكِرَ بِحَرَكَتِهِ ( وَكَذَا إنْ لَمْ يَتَحَرَّكْ ) بِهَا ( فِي الأَصَحِّ ) لأَنَّهُ حَامِلٌ لِمُتَّصِلٍ بِنَجَاسَةٍ فِي الْمَسَائِلِ الْمَذْكُورَةِ، فَكَأَنَّهُ حَامِلٌ لَهَا، وَالثَّانِي تَصِحُّ؛ لأَنَّ الطَّرَفَ الْمُلاقِيَ لِلنَّجَاسَةِ لَيْسَ مَحْمُولا لَهُ، وَلَوْ كَانَ طَرَفُ الْحَبْلِ مُلْقًى عَلَى سَاجُورِ نَحْوِ كَلْبٍ، وَهُوَ مَا يُجْعَلُ فِي عُنُقِهِ أَوْ مَشْدُودًا بِدَابَّةٍ أَوْ بِسَفِينَةٍ صَغِيرَةٍ بِحَيْثُ تَنْجَرُّ بِجَرِّ الْحَبْلِ أَوْ قَابِضِهِ يَحْمِلَانِ نَجَسًا أَوْ مُتَّصِلا بِهِ لَمْ تَصِحَّ صَلاتُهُ عَلَى الأَصَحِّ فِي الرَّوْضَةِ وَالْمَجْمُوعِ، بِخِلافِ سَفِينَةٍ كَبِيرَةٍ لا تَتَحَرَّكُ بِجَرِّهِ فَإِنَّهَا كَالدَّارِ، وَلا فَرْقَ فِي السَّفِينَةِ بَيْنَ أَنْ تَكُونَ فِي الْبَرِّ أَوْ فِي الْبَحْرِ خِلَافًا لِمَا قَالَهُ الإِسْنَوِيُّ مِنْ أَنَّهَا إذَا كَانَتْ فِي الْبَرِّ لَمْ تَبْطُلْ قَطْعًا صَغِيرَةً كَانَتْ أَوْ كَبِيرَةً.

Tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu membuangnya dengan cepat, solat itu tetap sah. Ini merujuk kepada satu peristiwa:
Ketika para sahabat sedang bersolat bersama Nabi saw dengan memakai selipar, tiba-tiba mereka melihat Baginda (semasa solat) telah menanggalkan seliparnya, maka semua sahabat menanggalkan seliparnya (kerana menyangka ia adalah satu perbuatan yang mesti diikuti).
Setelah selesai solat, Nabi bertanya kepada mereka: “Kenapakah kamu semua menanggalkan selipar kamu?” Para sahabat menjawab: “Kerana kami melihat tuan melakukannya.” Rasulullah saw lalu bersabda: “Telah datang kepadaku malaikat Jibril as lalu memberitahu bahawa pada seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu).” [HR Abu Daud: 650. Sahih menurut Albani.]
Maka jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, Bab: Perkara yang Membatalkan Solat. 1/169] [Lihat: Uzar, Mutiara Akidah dan Ibadat ms 175-176]
Pandangan ulama’ semasa:

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu’ karangan Imam An-Nawawi menyebut: “Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-‘As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.

Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.

المجموع: قال المصنف رحمه الله: (وان حمل حيوانا طاهرا في صلاته صحت صلاته؛ لان النبي صلى الله عليه وسلم حمل أمامة بنت أبى العاص في صلاته، ولأن ما في الحيوان من النجاسة في معدن النجاسة فهو كالنجاسة التي في جوف المصلي. وان حمل قارورة فيها نجاسة وقد سد رأسها ففيها وجهان: أحدهما يجوز لان النجاسة لا تخرج منها فهو كما لو حمل حيوانا طاهرا والمذهب انه لا يجوز لانه حمل نجاسة غير معفو عنها في غير معدنها فاشبه إذا حمل النجاسة في كمه). (الشرح) * حديث أمامة رواه البخاري ومسلم وهى أمامة بنت زينب بنت رسول الله r. واسم أبي العاص مِهْشَم بكسر الميم واسكان الهاء وفتح الشين المعجمة. وقيل: لقيط، وقيل: ياسر، وقيل: القاسم بن الربيع بن عبد العزي بن عبد مناف القرشية. كان النبي r يحبها، تزوجها على بن أبى طالب بعد وفاة فاطمة. وكانت فاطمة أوصته بذلك رضى الله عنهم (أما) حكم المسألة فإذا حمل حيوانا طاهرا لا نجاسة على ظاهره في صلاته صحت صلاته بلا خلاف). المجموع 3/142.

SUSUNAN SAF KANAK-KANAK DALAM SOLAT SOLAT BERJAMAAH DENGAN KANAK-KANAK
Dalil menunjukkan bahawa pada zaman Rasulullah saw, kanak-kanak dibawa ke masjid. Satu hadis riwayat meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar tangisan kanak-kanak. Aku mempercepatkan solat bimbang menyusahkan ibunya”. [HR Bukhari dan Muslim].

Bila kanak-kanak turut sama solat, susunannya menurut riwayat dari Abdullah ibn Mas’ud Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الأَحْلامِ وَالنُّهَى، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، وَلا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، وَإِيَّاكُمْ وَهَيْشَاتِ الأَسْوَاقِ)) رواه الترمذي.

Maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang berikutnya, mereka yang berikutnya. Jaga-jagalah kamu dari hingar-bangar seperti pasar”. [HR: At-Tirmizi].
Menjelaskan hadis ini lihat pula hadis berikut riwayat dari Abu Malik Al-Asy’ari:

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم (أَنَّهُ كَانَ يُسَوِّي بَيْنَ الأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي الْقِرَاءَةِ وَالْقِيَامِ، وَيَجْعَلُ الرَّكْعَةَ الأُولَى هِيَ أَطْوَلُهُنَّ لِكَيْ يَثُوبَ النَّاسُ، وَيَجْعَلُ الرِّجَالَ قُدَّامَ الْغِلْمَانِ، وَالْغِلْمَانَ خَلْفَهُمْ، وَالنِّسَاءَ خَلْفَ الْغِلْمَانِ)) [مسند أحمد، حديث ضعيف]ز

“Adalah Rasulullah SAW mengatur saf dewasa lelaki di hadapan kanak-kanak. Saf kanak-kanak di belakang lelaki dewasa dan saf perempuan di belakang kanak-kanak”. [HR: Ahmad].
Hadis di atas diambil menjadi hujah dan dalil nas syarak bahawa hendaklah meletakkan kedudukan kanak-kanak dalam solat berjemaah di belakang lelaki dewasa dan di hadapan 
saf perempuan.
Imam Ahmad mengatakan makruh berjemaah bersama kanak-kanak di belakang imam kecuali yang sudah baligh. [Nailul Autar, 2:224].

Jumhur ulama fiqh menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa dan kemudian perempuan. Inilah yang utama dan yang afdalnya.

[Lihat huraian dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 4:291-293]:

المجموع -: إذا حضر إمام ومامومان تقدم الامام واصطفا خلفه، سوا كانا رجلين أو صبيين أو رجلا وصبيا: هذا مذهبنا ومذهب العلماء كافة. وإذا حضر كثيرون من الرجال والصبيان، يقدم الرجال ثم الصبيان، هذا هو المذهب وبه قطع الجمهور، وفيه وجه حكاه الشيخ أبو حامد والبندنيجي والقاضي أبو الطيب وصاحبا المستظهرى والبيان وغيرهم: أنه يستحب أن يقف بين كل رجلين صبي ليتعلموا منهم أفعال الصلاة. والصحيح الاول؛ لقوله صلى الله عليه وسلم: ليلني منكم اولوا الاحلام والنهى ثم الذين يلونهم”.

Namun, ada juga pandangan (satu wajah dalam mazhab) yang dinukilkan oleh beberapa orang ulama’ besar mazhab Syafie seperti; Sheikh Abu Hamid, Al-Bandaniji, Al-Qadhi Abu Al-Tayyib, Sahib al-Mustazhiri dan Al-‘Imrani (Sahib Al-Bayan) dan lain-lain:

“Sunat meletakkan kanak-kanak (yang sudah suci) itu diselang-seli dengan orang dewasa bagi mereka belajar melakukan solat”.

Penjelasan daripada Mughni al-Muhtaj:

مغني المحتاج: “(وَيَقِفُ) إذَا اجْتَمَعَ الرِّجَالُ وَغَيْرُهُمْ (خَلْفَهُ الرِّجَالُ) أَيْ خَلْفَ الإِمَامِ لِفَضْلِهِمْ (ثُمَّ الصِّبْيَانُ) لأَنَّهُمْ مِنْ جِنْسِ الرِّجَالِ، ثُمَّ الْخَنَاثَى، كَمَا فِي التَّنْبِيهِ لاحْتِمَالِ ذُكُورَتِهِمْ (ثُمَّ النِّسَاءُ) لِتَحَقُّقِ أُنُوثَتِهِمْ .
وَالأَصْلُ فِي ذَلِكَ خَبَرُ: { لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الأَحْلامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثَلاثًا } رَوَاهُ مُسْلِمٌ .
وَمَحَلُّ مَا ذَكَرَ مَا إذَا حَضَرَ الْجَمِيعُ دُفْعَةً وَاحِدَةً، فَلَوْ سَبَقَ الصِّبْيَانُ بِالْحُضُورِ لَمْ يُؤَخَّرُوا لِلرِّجَالِ اللاحِقِينَ، كَمَا لَوْ سَبَقُوا إلَى الصَّفِّ الأَوَّلِ؛ فَإِنَّهُمْ أَحَقُّ بِهِ عَلَى الصَّحِيحِ، نَقَلَهُ فِي الْكِفَايَةِ عَنْ الْقَاضِي حُسَيْنٍ وَغَيْرِهِ وَأَقَرَّهُ؛ لأَنَّهُمْ مِنْ جِنْسِهِمْ، بِخِلافِ الْخَنَاثَى وَالنِّسَاءِ، وَإِنَّمَا تُؤَخَّرُ الصِّبْيَانُ عَنْ الرِّجَالِ كَمَا قَالَ الأَذْرَعِيُّ إذَا لَمْ يَسَعْهُمْ صَفُّ الرِّجَالِ وَإِلا كُمِّلَ بِهِمْ.
وَقِيلَ: إنْ كَانَ الصِّبْيَانُ أَفْضَلَ مِنْ الرِّجَالِ كَأَنْ كَانُوا فَسَقَةً، وَالصِّبْيَانُ صُلَحَاءُ قُدِّمُوا عَلَيْهِمْ.

Maksudnya: “Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….
Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi dengan kanak-kanak”.
Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikhususkan kepada kanak-kanak.
Kecuali dibelakang imam, maka hendaklah diduduki oleh orang yang baligh (uli Al-Ahlam) dan cerdik /berilmu (An-Nuha), bukan kanak-kanak dan juga orang dewasan yang tidak berilmu, kerana orang yang berada di tempat tersebut ialah orang yang akan menegur atau mengganti imam apabila ada sesuatu yang tidak sempurna sebagaima kisah Qais bin ‘Ubad dengan Ubai bin Ka’ab ra;

عَنْ قَيْسِ بنِ عُبَادٍ قَالَ: بَيْنَا أَنَا فِي الْمَسْجِدِ فِي الصَّفِّ الْمُقَدَّمِ فَجَبَذَنِي رَجُلٌ مِنْ خَلْفِي جَبْذَةً فَنَحَّانِي وَقَامَ مَقَامِي، فَوَاللهِ مَا عَقَلْتُ صَلاتِي، فَلَمَّا انْصَرَفَ فَإِذَا هُوَ أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ، فَقَالَ: يَا فَتَى لا يَسُؤْكَ اللهُ إِنَّ هَذَا عَهْدٌ مِنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِلَيْنَا أَنْ نَلِيَهُ)). رواه النسائي.

Perbincangan:

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah al-Ansori r.h.

beliau berkata:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْنْصَارِيِّ قَالَ: ((رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا)) مسلم.

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”.
Daripada hadis ini beberapa pengajaran yang boleh didapati:
1- Perbuatan Nabi s.a.w. mendukung cucunya Umamah sewaktu mengimami solat (fardu) menunjukkan tiada halangan membawa masuk kanak-kanak ke dalam masjid.
2- Faedah lain yang boleh diperolehi dari hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak membatalkan solat seseorang seperti yang disalah fahami oleh sebahagian pihak dengan menyatakan sekiranya kanak-kanak berada di dalam satu saf dengan orang dewasa akan menyebabkan satu saf terbatal.
3- Pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat seseorang.
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.h. beliau berkata:

Maksudnya: “Nabi s.a.w. bersolat di rumah Ummu Sulaim, aku (Anas) dan seorang anak yatim mengikutnya bersolat dibelakang Baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami”. [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ibnu Abbas r.h. pula meriwayatkan:

صحيح البخاري – عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: بِتُّ فِي بَيْتِ خَالَتِي مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا فَصَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْعِشَاءَ ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ نَامَ ثُمَّ قَامَ ثُمَّ قَالَ نَامَ الْغُلَيِّمُ أَوْ كَلِمَةً تُشْبِهُهَا ثُمَّ قَامَ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَصَلَّى خَمْسَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ نَامَ حَتَّى سَمِعْتُ غَطِيطَهُ أَوْ خَطِيطَهُ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلاةِ.

Maksudnya: “Aku bermalam di rumah ibu saudaraku, Ummul Mukiminin Maimunah binti Harith, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya”. [HR al-Bukhari: no. 726].
Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya.
Hadis yang pertama, Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi saw, sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat di sebelah Nabi s.a.w.
Maka ini juga menunjukkan tidak ada saf yang khas untuk kanak-kanak.

Jika tiada dalil khusus yang menyuruh supaya merenggangkan kanak-kanak yang belum berkhitan dengan orang dewasa, maka kita menggunakan hadis Anas r.a yang membenarkan solat bersama kanak-kanak tanpa direnggangkan.

Kanak-kanak ke Masjid:

قال الشوكاني: نيل الأوطار: (وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم الْعِشَاءَ ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَى ظَهْرِهِ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ أَخَذَهُمَا مِنْ خَلْفِهِ أَخْذًا رَفِيقًا وَوَضَعَهُمَا عَلَى الأَرْضِ، فَإِذَا عَادَ عَادَا حَتَّى قَضَى صَلاتَهُ، ثُمَّ أَقْعَدَ أَحَدَهُمَا عَلَى فَخِذَيْهِ، قَالَ : فَقُمْت إلَيْهِ، فَقُلْت : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرُدُّهُمَا فَبَرَقَتْ بَرْقَةٌ، فَقَالَ لَهُمَا: الْحَقَا بِأُمِّكُمَا فَمَكَثَ ضَوْؤُهَا حَتَّى دَخَلا} رَوَاهُ أَحْمَدُ.
وَهُوَ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ مِثْلَ هَذَا الْفِعْلِ الَّذِي وَقَعَ مِنْهُ صلى الله عليه وسلم غَيْرُ مُفْسِدٍ لِلصَّلاةِ. وَفِيهِ التَّصْرِيحُ بِأَنَّ ذَلِكَ كَانَ فِي الْفَرِيضَةِ، وَقَدْ تَقَدَّمَ الْكَلامُ فِي شَرْحِ الْحَدِيثِ الَّذِي قَبْلَ هَذَا. وَفِيهِ جَوَازُ إدْخَالِ الصِّبْيَانِ الْمَسَاجِدَ.
وَقَدْ أَخْرَجَ الطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: {جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ صِبْيَانَكُمْ وَخُصُومَاتِكُمْ وَحُدُودَكُمْ وَشِرَاءَكُمْ وَبَيْعَكُمْ وَجَمِّرُوهَا يَوْمَ جُمَعِكُمْ وَاجْعَلُوا عَلَى أَبْوَابِهَا مَطَاهِرَكُمْ} وَلَكِنَّ الرَّاوِيَ لَهُ عَنْ مُعَاذٍ مَكْحُولٌ وَهُوَ لَمْ يَسْمَعْ مِنْهُ، وَأَخْرَجَ ابْنُ مَاجَهْ مِنْ حَدِيثِ وَاثِلَةَ بْنِ الأَسْقَعِ (أَنَّ النَّبِيَّ r قَالَ: ((جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ صِبْيَانَكُمْ وَمَجَانِينَكُمْ)) [رواه ابن ماجه، قال الحافظ: حديث (ضعيف) وَفِي إسْنَادِهِ الْحَارِثُ بْنُ شِهَابٍ وَهُوَ ضَعِيفٌ. وَقَدْ عَارَضَ هَذَيْنِ الْحَدِيثَيْنِ الضَّعِيفِينَ حَدِيثُ أُمَامَةَ الْمُتَقَدِّمُ وَهُوَ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .
وَحَدِيثُ الْبَابِ وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: {إنِّي لأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ وَأَنَا فِي الصَّلاةِ فَأُخَفِّفُ، مَخَافَةَ أَنْ تُفْتَتَنَ أُمُّهُ} وَهُوَ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ، فَيُجْمَعُ بَيْنَ الأَحَادِيثِ بِحَمْلِ الأَمْرِ بِالتَّجْنِيبِ عَلَى النَّدْبِ، كَمَا قَالَ الْعِرَاقِيُّ فِي شَرْحِ التِّرْمِذِيِّ، أَوْ بِأَنَّهَا تُنَزَّهُ الْمَسَاجِدُ عَمَّنْ لا يُؤْمَنُ حَدَثُهُ فِيهَا.أهـ

PENUTUP:

Alhamdulillah, Islam adalah agama yang sempurna, hukumnya didatangkan dengan asas keringanan dan kemudahan. Perundangannya lengkap dan syumul untuk semua peringkat manusia, lelaki-wanita, tua-muda, dewasa atau kanan-kanak, sihat atau sakit serta hidup dan juga mati.

Bagi penuntut ilmu, mestilah sentiasa dahaga mencari dan menambah ilmu pengetahuan, dengan mengorek serta mengkaji pandangan ulama’ dahulu dan sekarang serta menerimanya dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka.

اللهم انفعني بما علمتني، وعلمني ما ينفعني، وزدني علماً، الحمد لله على كل حال، وأعوذ بالله من حال أهل النار.

Akhirnya apa yang baik itu dari Allah SWT, apa yang tidak baik itu dari kelemahan diri saya sendiri.
Akhukum, Abu Anas Madani,
Pondok Sungai Durian. www.pondoksgdurian.com
Artikel ini di ambil daripada blog.abuanas madani untuk sama-sama kita mengambil manfaat daripadanya... silakan baca

Ahad, 18 Januari 2015

PENGAJIAN KITAB MUNYATUL MUSOLLI MINGGU KE 4

Tarikh : 18 Januari 2015
Tempat : Surau al-Kauthar












MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU AL-KAUTHAR BIL.1 2015

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah pada 15/01/2015 (24 Rabiulawal 1436) mesyuarat yang pertama bagi ahli jawatankuasa baru (3) telah berlangsung selepas solat Isyak di Surau Al-Kauthar P18R13. Lebih kurang seramai 12/13 orang ahli dapat menghadirkan diri bagi bersama-sama membantu menyumbangkan cadangan untuk penambahbaikan surau sediada. Berikut sedikit isi mesyuarat yang telah di Pengerusikan oleh saudara Hazrul selaku pengerusi Surau Al Kauthar edisi ke 3;

1) Mengimbas kembali minit mesyuarat lepas (2014) bagi mengenal pasti perkara-perkara yang masih tertangguh / tidak dilaksanakan 

2) Isu timbalan pengerusi iaitu Saudara Hakimi

* Mohon penarikan diri dari jawatankuasa surau berikutan tidak menetap di kariah P18R13
Tindakan : Pihak Pengerusi mencadangkan agar jawatan tersebut kekal dan dalam masa yang sama melantik timbalan pengerusi 2 iaitu ustaz yusri. SEMUA AJK SETUJU DAN MUKTAMAT

** Masalah kelewatan tempahan tabung surau yang telah hampir 2 bulan tempahan dibuat tetapi masih tidak siap.
Tindakan : Timbalan Pengerusi telah memberi kata dua kepada pihak pembekal yang mana tabung tersebut akan diambil pada Sabtu (17/01/2015) dan sekiranya masih tidak dapat disiapkan pihak surau akan mencari pembekal lain dan sebarang kos tidak akan di bayar kepada pembekal tersebut.

3) Lantikan Penasihat Surau
* Pihak Pengerusi telah mencadangkan Ustaz Syafie (tenaga pengajar Tajwid Al-Quran) sebagai penasihat Surau.

** Ustaz Syafie menerima tawaran sebagai penasihat surau tetapi tidak termasuk didalam organisasi surau. Beliau bersedia memberi sebarang cadangan atau nasihat pada bila-bila masa bila diperlukan.

4) Pembentangan perbelanjaan, baki akaun dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2014/2015 oleh bendahari surau (En. Lan)

5) Perkara-perkara berbangkit
* Gotong-Royong Surau
** Khairat Kematian
*** Aktiviti surau yang akan datang
**** Lantikan bilal & imam
***** Pertukaran akaun bank surau
****** Permohonan dana surau
******* Lain-lain perkara berbangkit  





Mesyuarat tamat sekitar jam 10.35 malam dan ditangguhkan pada masa dan tarikh yang akan diberitahu kelak.