Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah pada 15/01/2015 (24 Rabiulawal 1436) mesyuarat yang pertama bagi ahli jawatankuasa baru (3) telah berlangsung selepas solat Isyak di Surau Al-Kauthar P18R13. Lebih kurang seramai 12/13 orang ahli dapat menghadirkan diri bagi bersama-sama membantu menyumbangkan cadangan untuk penambahbaikan surau sediada. Berikut sedikit isi mesyuarat yang telah di Pengerusikan oleh saudara Hazrul selaku pengerusi Surau Al Kauthar edisi ke 3;
1) Mengimbas kembali minit mesyuarat lepas (2014) bagi mengenal pasti perkara-perkara yang masih tertangguh / tidak dilaksanakan
2) Isu timbalan pengerusi iaitu Saudara Hakimi
* Mohon penarikan diri dari jawatankuasa surau berikutan tidak menetap di kariah P18R13
Tindakan : Pihak Pengerusi mencadangkan agar jawatan tersebut kekal dan dalam masa yang sama melantik timbalan pengerusi 2 iaitu ustaz yusri. SEMUA AJK SETUJU DAN MUKTAMAT
* Mohon penarikan diri dari jawatankuasa surau berikutan tidak menetap di kariah P18R13
Tindakan : Pihak Pengerusi mencadangkan agar jawatan tersebut kekal dan dalam masa yang sama melantik timbalan pengerusi 2 iaitu ustaz yusri. SEMUA AJK SETUJU DAN MUKTAMAT
** Masalah kelewatan tempahan tabung surau yang telah hampir 2 bulan tempahan dibuat tetapi masih tidak siap.
Tindakan : Timbalan Pengerusi telah memberi kata dua kepada pihak pembekal yang mana tabung tersebut akan diambil pada Sabtu (17/01/2015) dan sekiranya masih tidak dapat disiapkan pihak surau akan mencari pembekal lain dan sebarang kos tidak akan di bayar kepada pembekal tersebut.
3) Lantikan Penasihat Surau
* Pihak Pengerusi telah mencadangkan Ustaz Syafie (tenaga pengajar Tajwid Al-Quran) sebagai penasihat Surau.
** Ustaz Syafie menerima tawaran sebagai penasihat surau tetapi tidak termasuk didalam organisasi surau. Beliau bersedia memberi sebarang cadangan atau nasihat pada bila-bila masa bila diperlukan.
4) Pembentangan perbelanjaan, baki akaun dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2014/2015 oleh bendahari surau (En. Lan)
5) Perkara-perkara berbangkit
* Gotong-Royong Surau
** Khairat Kematian
*** Aktiviti surau yang akan datang
**** Lantikan bilal & imam
***** Pertukaran akaun bank surau
****** Permohonan dana surau
******* Lain-lain perkara berbangkit
Mesyuarat tamat sekitar jam 10.35 malam dan ditangguhkan pada masa dan tarikh yang akan diberitahu kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan