Khamis, 18 Jun 2015

SOLAT SUNAT TARAWIH BERSAMA IMAM PALESTIN SYEIKH AHMAD MAKZUZ

SYUKUR KEHADHIRAT ALLAH SWT DI ATAS KURNIA RAHMAT DAN KEBERKATAN UNTUK KITA SEMUA MASIH LAGI DIBERI PELUANG DAN RUANG SAMPAI DIBULAN YANG MULIA INI. SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DAN DITERIMA SEGALA AMALAN KEBAIKKAN YANG DIKERJAKAN.

Sabda Nabi Saw:

من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه . 
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 38


dari jalur Abu Hurayra 

"Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan Redha-Nya, akan diampuni segala dosa yg lalu."
HR Bukhori: 38, Muslim: 760

Segala dosa, tidak termasuk kaba'ir (dosa besar)
Dalil, sabda baginda:
الصلوات الخمس . والجمعة إلى الجمعة . ورمضان إلى رمضان . مكفرات ما بينهن . إذا اجتنب الكبائر 
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 233

Dari Abu Hurayra juga,
" Solat lima waktu, Juma`at ke Juma`at, Ramdhan ke Ramadhan menghapuskan dosa di antara keduanya apabila dosa besar dijauhi."
[sahih Muslim, 223]
 


ALHAMDULILLAH, JAWATANKUASA SURAU TELAH MENJEMPUT IMAM DARIPADA NEGARA PALESTIN UNTUK MENGIMAMI SOLAT SUNAT TARAWIH DAN MENYAMPAIKAN TAZKIRAH BERKENAAN RAMADHAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI DIPALESTIN KHUSUSNYA DI MASJID AL-AQSA MELALUI AMAN PALESTIN MALAYSIA. PIHAK SURAU JUGA TIDAK MENJANGKA KEHADIRAN JEMAAH YANG BEGITU RAMAI SEHINGGA TERPAKSA SOLAT DILUAR SURAU PADA MALAM PERTAMA RAMADHAN. SEMOGA PARA JEMAAH TERUS ISTIQOMAH UNTUK TERUS SOLAT BERJEMAAH DISURAU AL-KAUTHAR, INSYALLAH.

IMAM JEMPUTAN : SHEIKH AHMAD MAKZUZ
TARIKH : 17 JUN 2015 / 1 RAMADHAN 1436H
HARI : RABU
TEMPAT: SURAU AL-KAUTHAR P18R13

SHEIKH MENYAMPAIKAN TAZKIRAH DAN DITERJEMAHKAN DIDALAM BAHASA MELAYU OLEH WAKIL AMAN PALESTIN MALAYSIA
PARA JEMAAH YANG HADIR

BENDAHARI (EN. LAN) BERGAMBAR KENANGAN DENGAN SHEIKH AHMAD
KEHADIRAN PARA JEMAAH DILUAR JANGKAAN
JEMAAH YANG BERSOLAT DILUAR SURAU
ALHAMDULILLAH, PADAT...


SHEIKH DAN AJK MENJAMU SELERA SELEPAS SELESAI SOLAT DAN TAZKIRAH. (JAMUAN MAKAN DITAJA OLEH PIHAK RESTORAN ALI MAJU)
AHLI JAWATANKUASA SURAU BERGAMBAR KENANGAN DENGAN SHEIKH AHMAD

GAMBAR PENGERUSI (EN. HAZRUL) DAN TIMBALAN PENGERUSI (EN. HAKIMI) BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA SHEIKH AHMAD SEBELUM PULANG KE TEMPAT KEDIAMAN BELIAU

SEMOGA APA YANG TELAH DIRANCANG OLEH AJK SURAU BERJALAN LANCAR DAN DIREDHOI OLEH ALLAH SWT. AKTIVITI DITERUSKAN DENGAN TADARUS AL-QURAN YANG DIHADIRI LEBIH KURANG 15 ORANG JEMAAH... 

WALLAHUALAM...







GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN 1436H

TARIKH : 14 JUN 2015
HARI : AHAD
MASA : 7.00 PAGI

















Rabu, 17 Jun 2015

6 Pamplet pdf dan Poster Ramadhan & Hariraya Hadiah Dari Dr Abdul Basit.. Sebarkan!

Sila download risalah dalam format pdf, baca dan sebarkan! 
(Nota: Link 1 menggunakan server dropbox.com, manakala link 2 dari server al-ahkam.net)
  1. Risalah Ramadhan 1433 (Bhg I) | Download: [LINK 1] [LINK 2]
  2. Risalah Ramadhan 1433 (Bhg. II) – Lailatul Qadar & I’tikaf | Download: [LINK 1] [LINK 2]
  3. Risalah Ramadhan 1433 (Bhg III) – Hukum Semasa Berkaitan Puasa | Download: [LINK 1] [LINK 2]
  4. Risalah Ramadhan 1433 (Bhg IV) – Sunnah: Adab Sahur dan Iftar(Berbuka Puasa) | Download: [LINK 1] [LINK 2]
  5. Risalah Adab Berhariraya 1432 (2011) | Download: [LINK 1] [LINK 2]
  6. Puasa Enam-Pamplet 1432 | Download: [LINK 1] [LINK 2]

Khamis, 11 Jun 2015

Agar Ibadah Puasa Lebih Bermakna

Agar Ibadah Puasa Lebih Bermakna
Abu Umar Basyir


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang pernuh berkah; Ramadhan menjadi penghulu segala bulan dalam hitungan tahun Hijriyah, tahunnya umat Islam. Ramadhan adalah bulan shiyam (puasa), dan dia juga bulan qiyam (solat malam).

1) Keutamaan Bulan Ramadhan

Hadits-hadits yang mengupas keutamaan bulan nan agung ini, cukup banyak dan bercorak ragam. Cukup kita petik beberapa di antaranya, sebagai penambah muatan motivasi yang mengangkat ghairah iman kita untuk memasuki bulan Ramadhan yang akan datang menjelang, dengan penuh harap akan keampunan dan kurniaan-Nya. Dari Ubadah bin Shamit bahawasanya Rasulullah saw bersabda, yang ertinya:

"Telah datang kepadamu Bulan Ramadhan, bulan nan penuh berkah. Dibulan itu Allah akan menaungimu; menurunkan rahmat dan menghapus dosa-dosa, menkabulkan doa dan memperhatikan bagaimana kamu sekelian saling berlumba-lumba (dalam kebaikan) pada bulan itu. Allah pun membanggakan dirimu di hadapan para malaikatNya. Maka perlihatkanlah (wahai kaum Muslimin) segala kebaikan pada dirimu. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang kehilangan rahmat Allah." (Diriwayatkan oleh Imam Ath-Thabrani).

Hadits yang lain:

"Telah dianugerahkan kepada ummatku pada bulan Ramadhan lima kurnia yang tidak pernah diberikan kepada ummat manapun sebelum mereka: Aroma mulut orang yang berpuasa, disisi Allah, lebih harum semerbak ketimbang bau kasturi. Para malaikat memohonkan bagi mereka keampunan hingga waktu berbuka. Setiap hari di bulan itu, Allah menghiasi Jannah-Nya seraya ber iman kepada sang Jannah:

"Tak lama lagi, para hamba-Ku yang solih akan dibebaskan dari beban dan kesusahan, lalu beranjak menemuimu."

Di bulan itu, para jin pembangkang dibelenggu; mereka tak dapat bebas berbuat, seperti pada bulan-bulan yang lain. Lalu, Allah mengampuni dosa-dosa mereka pada malam terakhir. Ada sahabat yang bertanya: "Ya Rasulullah, apakah malam terakhir itu, malam Lailatul Qadar?". Beliau menjawab: "Bukan, kerana orang yang beramal akan mendapati ganjarannya, bila ia telah selesai menunaikannya." 

Ada beberapa hadits lain yang senada dengan itu. Dua hadits di atas, dan banyak lagi yang lainnya meliputi beberapa kesimpulan:

1. Allah telah memberkahi bulan Ramadhan ini sebagai bulan pengampunan atas segala dosa, bagi orang yang memenuhi bulan ini dengan beragam ibadah; tetapi
tidak untuk dosa-dosa besar. Nabi bersabda:

"Barangsiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan introspeksi diri, akan Allah ampuni dosa-dosanya yang terdahulu."                            (HR. Al-Bukhari dan Muslim) 

Dan Salman Al-Farisi, bahwasanya Rasulullah bersabda:

 "Antara solat-solat lima waktu; antara Jum'at dengan Jum'at; dan antara Ramadhan yang satu dengan ramadhan berikutnya; ada pengampunan dosa, bagi mereka yang menghindari dosa-dosa besar."

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Zakat: 7576, 7712, 7713, 8015, 10464 dari hadits Abu Hurairah.
HR. Muslim dalam kitab Ath-Thaharah: 342, 343, 344.

Dosa-dosa besar hanyalah diampuni, lewat taubat tersendiri yang dilakukan seorang hamba dengan penuh penyesalan di hadapan Allah. Hanya saja sebagian ulama, di antaranya Ibnu Taimiyyah, Imam Nawawi dan lain-lain menegaskan; bahwa Ibadah Ramadhan, berikut shaum dan shalat malamnya, bila dilakukan dengan penuh keikhlasan berarti sudah mencakup taubat itu sendiri. Dan itulah yang menjadi tujuan puasa, bahkan seluruh ibadah seperti tertera dalam al-Qur'an adalah: Agar iamu sekalian bertakwa.

2. Termasuk keberkahan bulan suci Ramadhan adalah sempitnya ruang gerak setan itu untuk melancarkan godaan dan tipu dayanya terhadap bani Adam. Terbelenggunya mereka, adalah dengan kehendak Allah dan dalam pengertian yang sesungguhnya. Namun juga tidak berarti mereka berhenti menggoda manusia secara total, seperti tersebut dalam hadits di atas.

3. Dihiasinya Jannah untuk menyambut kedatang an orang-orang yang berpuasa, seusai menjalani cobaan Allah selama masa hidup di dunia. Ini salah satu bentuk Tabsyir atau kabar gembira dari Allah.

4. Keberkahan bulan Ramadhan juga terungkap jelas, dengan adanya para malaikat yang memohonkan ampunan kepada Allah bagi mereka yang berpuasa. Di samping aroma mulut orang yang berpuasa yang secara lahir mungkin tidak sedap di sisi Allah lebih wangi dibanding aroma kasturi.

Jumaat, 5 Jun 2015

CERAMAH PERDANA ISRA' MIKRAJ

TARIKH : 28 MEI 2015
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT : DEWAN SOLAT SURAU AL-KAUTHAR P18R13
PENCERAMAH : PU SUFIAN MUSIM 3



Surau Al-Kauthar telah menganjurkan Ceramah Perdana Isra' Mikraj dengan menjemput PU Sufian sebagai penceramah.Ceramah ini diadakan supaya semua warga P18R13 mengingati peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

PU Sufian sedang menyampaikan ceramah

Jemaah Muslimin yang hadir

Jemaah Muslimin yang hadir

Jamuan makanan ditaja oleh Ali Maju

Penduduk mengambil juadah yang disediakan

PU Sufian menikmati makanan bersama AJK surau

Penduduk menikmati makanan yang disediakan

Buku panduan yang digunakan oleh PU Sufian dalam ceramah

Barisan AJK bergambar kenang-kenangan bersama PU Sufian