Sabtu, 27 Disember 2014

WACANA PENGUKUHAN NILAI-NILAI ISLAM - MUFTI SABAH

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Wacana Pengukuhan Nilai-nilai Islam, Bicara dan Khutbah Bersama Mufti Sabah iaitu YBhg SS Datuk Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar. Beliau telah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "Antara Kecundang dan Cemerlang".

Tarikh : 26 Disember 2014 / 4 Rabiulawwal 1436 H
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin








PENDAFTARAN ISLAM SAUDARA BARU DI JAKIM

 Pada 24.12.2014 Surau al-Kauthar telah membawa saudara baru Muhammad Adam Abdullah ke Cawangan JAKIM Putrajaya bagi pengurusan pendaftaran kemasukan agama Islam. Ustaz Azhar dari JAKIM telah menguruskan pendaftaran tersebut.









Isnin, 22 Disember 2014

PENGAJIAN KITAB MUNYATUL MUSOLLI MINGGU KE 2

Pengajian Kitab telah diadakan pada 21.12.2014 selepas solat Magrib yang disampaikan oleh Ustaz Halim Bin Derus. Alhamdulillah pengajian kali ini dimulakan pada mukasurat 1-3 dan rumusannya adalah seperti berikut:

1. Solat merupakan mukjizat agung yang diterima oleh nabi kita Muhammad SAW, semasa Israk dan Mikraj,
2. Allah SWT membenarkan kita umat Nabi Muhammad Solat 5 waktu sehari semalam.
3. Solat mempunyai kelazatan, kemanisan, rahsia bagi mereka yang khusyuk di dalam solatnya.
4. Neraka Wil bagi mereka yang lalai dalam solatnya.
5. Kita sebagai suami, isteri, anak-anak hendaklah menjaga solat dan mempelajarinya agar solat sempurna sepertimana  yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW.







MESYUARAT AGUNG SURAU AL-KAUTHAR 2014












MAJLIS TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN KOMUNITI P18R13

Majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di perkarangan Surau al-Kauthar pada sabtu, 20/12/2014 yang dianjurkan oleh Cawangan UMNO Kemuning dengan kerjasama KRT P18R3 dan Surau al-Kauthar. Berikut adalah gambar sekitar majlis berkenaan.



























Rabu, 10 Disember 2014

MAJLIS MERAIKAN SAUDARA BARU, BERZANJI DAN MARHABAN.

Alhamdulillah Surau al-Kauthar berjaya menganjurkan majlis bagi meraikan saudara baru kita iaitu Mohammad Adam Abdullah atau nama sebelumnya islamnya Vishnu Kumar Devaraj. Beliau merupayakan seorang pekerja di Kedai Ali Maju dan berasal dari Bangalore, India. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati saudara baru kita ini dan kita sama-sama berdoa agar beliau ditetapkan iman dengan islam dan dipermudahkan mempelajari ajaran Islam.















PENGAJIAN KITAB MUNYATUL MUSOLLI








Pada 7 Desember 2014 Surau al-Kauthar telah bermula pengajian Kitab Munyatul Musolli yang dibimbing oleh Ustaz Halim Bin Derus.

Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh para pelajar dan orang awam, terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal yang berkaitan dengan sembahyang. 

Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjama'ah, sembahyang Jumaat, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuq.