Rabu, 10 Disember 2014

PENGAJIAN KITAB MUNYATUL MUSOLLI








Pada 7 Desember 2014 Surau al-Kauthar telah bermula pengajian Kitab Munyatul Musolli yang dibimbing oleh Ustaz Halim Bin Derus.

Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh para pelajar dan orang awam, terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal yang berkaitan dengan sembahyang. 

Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjama'ah, sembahyang Jumaat, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan