Alhamdulillah, pihak surau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyumbang dan sukarelawan yang telah mengorbankan wang ringgit, tenaga, masa dan lain-lain bagi sama-sama membantu mangsa banjir dipantai timur. Pada 27/12/2014 selepas solat Isyak AJK surau yang diketuai oleh Pengerusi sendiri iaitu En. Hazrul , En. Zul, En. Lan (Cikgu) dan saudara Alam Syah telah pergi ke pasaraya NSK, Jalan Kuchai Lama untuk membeli barang keperluan mangsa banjir seperti Air minirel, biskut dan pampers kanak-kanak untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Dipasaraya NSK terdapat lebih 10 wakil sukarelawan yang sibuk sedang membeli barang keperluan untuk disalurkan kepada mangsa banjir. Gambar diatas adalah 2 orang guru berbangsa cina dari Sri Petaling yang begitu bersemangat mencari barang keperluan.Bergambar kenang-kenangan.
NGO daripada Islamic Relief yang juga sedang sibuk di pasaraya tersebut sempat bergambar kenangan dengan AJK surau.
PENUH... Ribuan terima kasih juga kepada pihak Pengurusan Sate Kajang Hj. Samuri yang meminjamkan kenderaan 4 X 4 untuk pembelian barang dan seterusnya dihantar ke TUDM, Subang.
Saudara Alam Syah sempat membeli keperluan harian sendiri di pasaraya tersebut sebelum bergerak ke TUDM Subang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan