Alhamdulillah pada 09/01/2015 selepas solat Isyak pihak Surau Al-Kauthar telah menghantar wakil iaitu saudara Hazrul (Yon), Saudara Abu, Saudara Zul dan Imam Hidir bagi misi bantuan mangsa banjir ke Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menyerahkan 125 naskah Al-Quran, membawa barang keperluan,wang tunai, membersih dan mengemas sekitar pondok/masjid/rumah. Alhamdulillah walaupun masa yang begitu singkat, seluruh peserta dapat menjayakan amanah yang diberi oleh para penyumbang. JAZAKALLAHU KHAIRAN KHATIRA
Para peserta sukarelawan sedang berehat selepas membersihkan persekitaran rumah Tuan Guru Dr. Abd. Basit Abd. Rahman (Dr. Abuanas Madani)
Bersantai dirumah Abu Anas selepas mengerjakan solat Isyak sambil pekena milo tarik Imam Hidir dengan roti potong..
Bahagian dalam masjid selepas pembersihan dan sumbangan daripada sukarelawan yang diterima dari seluruh Malaysia
Bahagian luar masjid Ar Rahman
Keadaan didalam Masjid Ar Rahman tingkat bawah selepas banjir yang mana air hampir mencecah lantai tingkat 2 masjid ini.
Perpustakaan Syeikh Daud Fahtoni yang mana salah satu kemudahan pelajar-pelajar pondok Sungai Durian dan orang awam membuat rujukan lumpuh sama sekali apabila hampir 90% kitab dan buku-buku musnah terkena banjir.
Kesan takat air banjir yang naik hampir ke bumbung rumah
Di jalan masuk utama ke Pondok Sungai Durian dan masjid Ar Rahman
Keadaan seminggu selepas banjir di lorong pondok sungai durian
Keadaan pondok yang 'berselerakan' di bawa arus deras air banjir yang memusnahkan hampir 70% pondok pelajar lelaki
Gambar para sukarelawan dari pelbagai negeri yang datang menghulurkan bantuan daripada segi tenaga/wang ringgit/barangan dan lain-lain... Subhanallah
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
En. Abu berehat sementara manantikan masuknya waktu solat subuh pada hari kedua dimasjid Ar rahman
Para Peserta bergambar bersama Tuan guru Dr. Abd. Basit Abd. Rahman sebelum pulang ke Putrajaya pada pagi Ahad (11/01/2015)
Semoga Warga Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan tabah menghadapi musibah ini dan kembali dapat menjalani aktiviti rutin harian dengan lebih bersemangat dan semakin berkembangnya ilmu-ilmu yang bermanfaat daripada Tuan Guru semua pengajar. Amin

En. Abu diberi mandat selaku pemandu Utama memandangkan beliau mengetahui dan cekap tentang jalan-jalan sekitar Terengganu.
(Tak dapat singgah pergi tempat keropok lekor yang pemes kat terengganu sebab masa yang tidak mengizinkan)
MADRASAH MUHAMMADIAH atau lebih dikenali sebagai Pondok Sungai Durian adalah sebuah pusat pendidikan Islam yang ditadbir secara persendirian dan ia tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Oleh itu, Madrasah Muhammadiah mengalu-alukan sebarang sumbangan derma, zakat dan sebagainya. Sumbangan tersebut boleh dihantar terus ke pejabat Madrasah atau melalui akaun di bawah :

Tahniah, semoga Allah membalas kebaikkan atas segala usaha murni penyumbang/penderma/sukarelawan yang terlibat secara lansung dan tidak lansung... Allahumma Amin
BalasPadam