Alhamdulillah, pada 24/05/2015 telah dijalankan gotong-royong membersihkan sekitar surau, membuat rak rehal dan menyambung kerja-kerja mengecat surau bahagian perempuan yang dihadiri oleh jemaah yang berkesempatan. Semoga dengan usaha menceriakan surau Al-Kauthar ini akan memberi tarikan kepada penduduk untuk istiqomah berjemaah disurau pada setiap waktu (kaum lelaki). Tujuan bagi keceriaan ini hanyalah untuk memberi keselesaan para jemaah dan mencapai khushuk didalam solat InsyaAllah..
Semoga Allah merahmati dan membalas dengan kebaikkan seluruh AJK yang bertungkus lumus menyumbang tenaga, masa, wang ringgit, cadangan dan lain-lain bagi membantu menambahbaik surau sediaada. Allahumma amin..
Barang yang hilang telah dijumpai... tapi masih tidak lengkap lagi screw yang hilang..
Kerja sambungan mengecat bahagian tempat wanita yang diketuai oleh Mr. Alam Syah dan jemaah lain
Kerja-kerja membuat rak rehal yang diketuai oleh En. Abu. Design rak asal adalah daripada masjid Cyberjaya dan telah diubahsuai oleh En. Abu & the geng bagi kesesuaian surau
Sarapan dan makan tengahari ditaja oleh pihak surau dan juga sumbangan ahli jemaah yang hadir
Tuan Pengerusi yang sibuk, waktu makanpun kena bagi arahan lagi.. hehehe
Kerja-kerja akhir iaitu menyapu selek pada rak untuk kelihatan lebih kemas dan cantik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan